Thursday, September 18, 2014

Bismillah...

Alhamdulilah....akhirnya wujud Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Ranau, Sabah... Terima Kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Noorhisham KR yang menolong saya mewujudkan  Blog ini... dengan harapan dengan adanya Blog ini akan dapat berkongsi segala aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak UBK dan juga aktiviti sekolah...pengenalan pertama... inilah sekolah saya SMK RANAU, SABAH... Berkhidmat di sekolah ini bermula tahun 2010... dan ini merupakan sekolah pertama saya... Memulakan tugas sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling...Pertama kali menjejakkan kaki ke SMK Ranau pada 19 Julai 2010 untuk melaporkan diri, hati sudah terpaut dengan keindahan sekolah ini... berada di atas bukit, berlatarkan Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah khususnya di Daerah Ranau...angin sepoi-sepoi bahasa... memang memberikan satu rasa yang luar biasa berada di sekolah ini...Dengan satu harapan dan impian untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik...membantu anak bangsa...:)Amin...

Pemandangan hadapan sekolah...berlatarkan Gunung Kinabalu... Indahnya ciptaan Tuhan...
Pemandangan waktu senja...

Pelangi nan indah...Asrama perempuan

Saujana mata memandang..nyamannya

Dewan Utama...Jalan menuju ke kantin sekolah, Surau dan asrama