Saturday, September 20, 2014

SAHABAT YANG SENTIASA DIINGATI...

Posting di SMK Ranau tahun 2010, inilah kawan GBK saya Cikgu Aswani Abdul Aziz. Cantik dan manis orangnya... sangat baik hati dan ramah... berasal dari Kelantan... Cikgu Aswani pun baru berpindah ke sekolah ni dari SMK Timbua, Ranau, awal Januari 2010... selama berkerjasama dalam Unit Bimbingan dan Kaunseling, dia selalu memberikan tunjuk ajar dan kerjasama yang baik... seronok bekerja dengannya...2 tahun bekerja bersama memang banyak perkongsian dan kenangan manis... Tapi tahun 2012, cikgu Aswani berpindah ke SMK Kuhara Tawau kerana mengikut suaminya yang juga seorang cikgu berpindah ke sana... sedih sangat bila kehilangan seorang sahabat dan rakan sekerja... Semoga sahabat saya ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT bersama keluarganya... Mudah-mudahan satu hari nanti dapat berjumpa dengannya...Amin (hehe... feeling rindu dengan wani bila jenguk gambar2 lama aktiviti UBK...)


Aswani Abdul aziz... Best friend forever...

1 comment: