Friday, September 19, 2014

PROGRAM BICARA MADIHAH


Program perkongsian kejayaan Adik Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang SPM tahun 2008 (19 A1 dan satu A2) bersama dengan pelajar-pelajar Tingkatan 5. Program ini disertai oleh beberapa buah sekolah menengah disekitar Daerah Ranau...

Tips-tips Kecemerlangan Daripada Nik Nur Madihah
Beliau menggariskan beberapa tips yang diamalkannya yang banyak membantu beliau menghadapi 20 subjek yang diambilnya. Antara yang sempat disenaraikan oleh beliau adalah seperti berikut:
  • Fokus dan beri sepenuh tumpuan semasa di dalam kelas. Para pelajar diingatkan supaya memberikan tumpuan dan tidak mudah dipesongkan dengan perkara-perkara lain semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian murid mungkin suka berkhayal, bersembang dan bermain-main di dalam kelas.
  • Hargai masa. Masa lebih berharga dari emas, kerana emas yang hilang masih boleh diganti tetapi yang terbuang tidak akan dapat digantikan lagi dan akan hilang buat selama-lamanya. Sikap suka bertangguh adalah sebenarnya pencuri masa.
  • Suka bertanya. Sikap suka bertanya adalah penting bagi mendapatkan penjelasan bagi mana-mana perkara yang tidak difahami. Beliau mengamalkan sikap suka bertanya terutama dalam matapelajaran mathematik dan sains.
Di antara slogan-slogan yang menjadi pegangan beliau adalah:
  • 99% dari kegagalan adalah dari mereka yang mencari-cari alasan.
  • Belajar dari kesilapan.
  • Usaha yang terbaik dan bertawakkal – Usaha tanpa tawakkal adalah kesombongan. Tawakal tanpa usaha adalah angan-angan kosong.
  • Tiada yang mustahil, Allah swt maha berkuasa.
  • Belajar atau mencari ilmu adalah tuntutan agama – jalan menuntut ilmu adalah jalan menuju syurga.





















No comments:

Post a Comment